Sunday, June 09, 2013

Peraturan Satu Menjadi Tiga

Hari tu Fawwaz pulang dari bermain petang awal. Sebenarnya dia bukanlah bermain petang pun. Hanya bawak buku cerita Enid Blyton yang dipinjam dari Pusat Sumber dan baca kat tepi padang sambil-sambil tengok budak-budak ragbi berlatih. Fawwaz tak into sukan, malah mengkategorikan dirinya sebagai pelajar sepenuh masa, apa barang main sukan. Douchebag aje main sukan, itu penguat hujahnya bila berdebat dengan Ucop yang makin obses main ragbi.

Bilik air petang tu belum ramai orang lagi guna, sebab rata-rata pelajar masih lagi bermain di padang, tak pun lepak minum dekat kantin. Seronok betul dia mandi lama-lama, siap menyanyi N'Sync lagi yang tengah naik time tu. Masalah kat asrama ni, kalau mandi lambat, tambah pulak bila dah ramai orang nak guna shower nanti tekanan air jadi rendah terpaksa pulak redah shower tingkat bawah. Leceh leceh leceh.

Lepas puas mandi, Fawwaz cepat-cepat berlari ke dormnya. Budak-budak bilik dia baru je sampai dari bermain. Semua stok rilek dulu kasi kering peluh. Ucop pun belum balik, pasal budak ragbi ni biasanya time azan baru nak naik.

"Woi, apa awal benar kau ni siap?" tegur Nash, baru nak tanggal kasut.

"Pergi makan la dowh, hari ni lauk sedap, ayam masak merah!" terkial-kial Fawwaz sarung baju Melayu dia.

"Dengan baju Melayu ni? Apasal tak terus pergi je dining hall pastu baru siap?" soal Nash lagi, sarung selipar dah sedia nak pergi makan.

"Eiii ngadap rezeki kena berpakaian bersih dan wangi, ya akhi" Fawwaz ajuk gaya naqib sewaktu usrah di surau.

"Ye ke? Tak pernah dengar pun. Dah ah jom makan" malas Nash nak layan, ilmu agama dia pun ke longkang nak bangkang hujah Fawwaz. 

Tipikal kepada budak tingkatan satu, mereka berlari-lari gembira ke dewan makan sambil terseringai luas, kerana dewan makan masih belum buka dan belum ramai yang beratur. Fawwaz yang dah tak sabar-sabar terus ambil tray besi walaupun hakikatnya giliran dia ada la lagi 15 orang baru sampai kat dia.

RINGGG!

Loceng berbunyi menandakan waktu makan malam dah mula. Fawwaz sedar tak sedar macam terjerit riang. Lauk ayam beb! Seorang demi seorang mengambil makanan mereka. Sampai dekat 5 orang sebelum Fawwaz, si Nash menepuk bahu Fawwaz dan bersuara agak grim.

"Aku lupa nak cakap, kalau kau pakai baju Melayu pergi dewan makan, kau kena ingat peraturan yang satu jadi tiga." Fawwaz tak faham. Bila masa ada peraturan camtu. Dia baru je nak pusing kat Nash nak sahihkan hal tu bila dia nampak...

Pemain-pemain ragbi yang baru habis berlatih semuanya menuju ke arah barisan Fawwaz. Badan berbau tengik, cebisan rumput dan tanah berdebu melekat di badan, ditambah pulak kecoh (pemain ragbi kebanyakannya douchebag, jarang yang berperangai macam budak debat), kini Fawwaz mengerti peraturan satu menjadi tiga.

Satu barisan tadi kini menjadi tiga, yang beratur tertolak ke tepi dipotong para douchebag sukan.

Keluar daripada kaunter makanan, Fawwaz berbau macam kerbau baru balik berkubang.

Babi! Babi! Babi! Maki Fawwaz sepanjang menghadap makan malamnya.