Sunday, August 12, 2012

Misteri Beg Plastik Hitam

Tahun ni tahun keempat Ucop berpuasa di Jalan Tenteram. Rasanya sama macam tahun lepas. Berpuasa di asrama bererti tak dapat pergi Pasar Ramadan (atau dalam bahasa hipnya Bazaar Ramadan,dalam terma rempit PaRam) dan membeli juadah yang lazat.
Bab tu Ucop terkilan sikit. Dewan Makan mana ada hidangkan ayam golek. Mana sediakan air kathira. Nak keluar pergi PaRam pihak sekolah larang. Nak fly takut pulak buat dosa bulan puasa. Memendam rasa la jawabnya.
Agaknya memang rezeki bulan baik ni, ditakdirkan satu hari tu mak bapak Ucop datang membuat lawatan mengejut.
'Kitorang tau kau mesti teringin nak rasa nasik tomato pasar Ramadan rumah kita tu kan' ujar mak dia bila dihulurkan 3 bungkus makanan untuk berbuka: nasi tomato, otak-otak dan kebab ayam.
Ucop dah girang bukan kepalang bila terbayang lepas buka nanti dia tersandar kekenyangan.Tapi bila mak dia tarik ke tempat tersorok dan hulurkan beg plastik hitam berikat kemas, dia dah rasa lain macam.
'Bukak plastik ni lepas terawih tau. Ajak kawan-kawan sekali okay? Janji?' Serius wajah mak Ucop masa tu, bapak dia pun tak kurang ketat menguatkan keseriusan situasi ini. Ucop telan air liur saja. Ah ni apa diorang nak prank aku ni?
Sepanjang waktu berbuka Ucop termenung panjang. Nasik tomato tu hanya diusik sesuap dua. Selebihnya Fawwaz menawarkan diri untuk habiskan. Rezeki Ramadhon ya akhi, jenaka Fawwaz sambil sendawa panjang. Dasar pelahap.
Ucop amik keputusan untuk skip terawih dan duduk di bilik sahaja. Sejam dia merenung beg plastik hitam tu. Ikut hati nak aje dia rentap isi dalam tu eiii.
Pukul 10 malam. Ucop panggil kawan-kawan dia berkumpul di bilik. Semua terpaku memandang beg plastik hitam tu. 'Mak kau buat pudding karamel ke Cop?bukak la aku nak rasa' Fawwaz memecah kesunyian. 'Aku tak rasa ni makanan' taakul si Rabbani. Dia ni suka siasat dan terpengaruh dengan Hajime Kindaichi. Ucop malas nak tunggu dah. Terus dia koyakkan beg plastik, dan isinya bertaburan. Semua terpaku kekaguman.
5 peket mercun bola. 2 kotak mercun roket. 3 kotak mercun mancis. 4 kotak mercun lebah.
Semuanya dibekalkan oleh mak Ucop. Tapi dia diamkan dari pengetahuan semua orang.
Malam tu asrama bergegar dengan letupan mercun. Pelajar perempuan dakwa hostel diorang dihujani mercun roket (beberapa batang mercun dijumpai tersadai di surau perempuan). 2 buah loker besi dijumpai remuk di tempat wuduk. Satu tandas duduk berkecai diletupkan.
Tapi sampai sekarang pihak asrama tak tau siapa punya kerja.
Ucop sampai sekarang tak faham kenapa mak dia bekalkan mercun sebanyak tu. Sumpah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











Thursday, August 02, 2012

Apabila Dua Bertaut

Malam tu Ucop berasa terlalu mengantuk. Mungkin penangan nasi lauk ayam kicap petang tadi agaknya. Sehiggakan ketika wirid selepas solat maghrib pun dia tersengguk-sengguk. Ditambah pula petang tadi Cikgu Midin ada menyuruhnya berlari keliling padang selama 5 kali ketika latihan ragbi. Ya, sekarang Ucop sedang berjinak-jinak dengan sukan ragbi. Demi untuk mendapat abang dan kakak angkat, Ucop gagahkan juga walaupun badannya umpama sekeping papan lapis.

Prep malam bermula jam lapan. Ucop mengheret dirinya ke kelas. Dia terserempak dengan beberapa abang senior. Ucop cuba memberi salam seadanya untuk mengelakkan dirinya tidur dengan perut senak.

Jam menunjukkan angka sembilan. Ucop tidak tahan lagi. Suara Fawwaz yang dari tadi membebel tentang stokinnya dipinjam secara kekal oleh Abang Khair semakin sayup. Akhirnya Ucop terlena.

Tiba-tiba Ucop tersentak akibat mimpinya. Dia termimpi seakan-akan dia hendak jatuh bangunan. Meja bergerak ke hadapan disentak Ucop. Memang ganas. Selepas hilang mamai Ucop, dia baru perasan yang kelasnya sudah gelap.

"Celaka betul. Prep dah habis pun diorang tak kejut aku!" Getus Ucop dalam hati.

Perasaan takut menyelubungi Ucop kerana suasana gelap dan cerita-cerita mistik berputar di dalam kepala otaknya. Ucop bergegas bangun. Ketika dia hendak melangkah....

"GEDEBUK!"

Ucop tersungkur. Kedua-dua tali kasutnya terikat menyebabkan dia tersadung.

"Kecelakaan berganda betul la korang!!!!!!" Marah Ucop lalu bingkas bangun untuk membetulkan tali kasutnya dan bergegas turun ke bawah.Malam itu, Ucop belajar erti apabila dua bertaut.

Sent from my BlackBerry®