Sunday, December 16, 2012

Pelangi Petang

Hujan lebat turun membasahi bumi Jalan Tenteram ketika prep petang. Arakian, ramailah kaum-kaum adam yang ponteng prep. Enak untuk tidur katanya. Ketika ini jugalah Cikgu Sanushi aka Warden Garang Tahap Vavi melakukan rondaan bersama sebatang rotan halus yang dipanggil anak angkatnya. Ramailah yang merasa belaian anak angkat Cikgu Sanushi.

Ucop selaku pelajar tingkatan satu sudah pastinya masih patuh kepada undang-undang sekolah seperti yang dibacakan dalam ikrar setiap pagi Isnin. Maka, tidak kiralah hujan atau ribut, Ucop akan tetap menghadiri prep petang seperti yang telah dijadualkan, ,meskipun hanya untuk tidur. Tetapi pada petang itu Ucop tidak tidur. Hasil pujian Cikgu Rosmah yang cantik jelita semasa kelas Sains pagi tadi, Ucop bersungguh untuk menyiapkan laporan amali sainsnya sehabis baik.

"Aku kena buat bagus-bagus supaya dapat pujian cikgu Rosmah lagi" ujar Ucop dalam hati.

Ketika prep petang hampir kepenghujungnya, hujan pun berhenti. Ucop juga sudah selesaikan laporan amali sainsnya dan menghela nafas kepuasan. Setelah bertungkus-lumus sebentar tadi, Ucop membuat keputusan untuk bersidai di balkoni blok akademik sambil menghirup udara selepas hujan. Tidak lama kemudian, pelangi tiba-tiba muncul. Ucop terpegun dan terus termenung sambil membayangkan saat-saat indah bersama Fazlin, gadis idaman.

Tiba-tiba Fawwaz muncul dan menegur Ucop dari belakang.

"Kau buat apa tu Ucop?" ujar Fawwaz kuat

Ucop tersentak dari lamunannya dan sedikit jengkel dengan sergahan Fawwaz.

"Aku tengah tengok pelangi tu, cantik..." jawab Ucop sambil menuding jarinya ke arah pelangi.

"Woi! Jangan tunjuk pelangi laaaa...orang kata nanti kudung!" gelabah Fawwaz sambil menarik tangan Ucop

Ucop yang sudah tentunya terkejut dengan tindakan Fawwaz berdiam diri sambil merenung tajam.

PANGGGG!!!!

Fawwaz berasa panas di pipi dan terdengar Ucop berlalu pergi sambil merengus "TAHYUL!"

Sunday, December 02, 2012

Keputusan penting demi masa depan


Ucop masih tak boleh terima hakikat yang baru berlaku 30 minit tadi. Dada Ucop rasa nak meletup. Dia berlari ke tandas dan mengurung diri sorang-sorang. Babi! Maki ucop sendiri. Ucop rasa takut. Macam nak nangis. Tiba-tiba entah macam mana dia termonolog pulak dalam kubikel jamban duduk tu.

"Apa kau nak dari aku ha? Aku cuma nak hidup dengan tenang! Aku datang sekolah ni nak belajar, bukan untuk benda lain! Jangan cuba nak buat aku terpesong. Ini semua godaan syaitan! Setan! Jawab la sial!" sebelum disambut dengan simbahan air dari kubikel sebelah. "Pukimak, dalam jamban pun nak buat perangai, bodoh!" jeritan kedengaran dari kubikel sebelah disusuli bunyi zip ditarik kuat. Ucop terdiam. Lepas itu dia kuatkan semangat dan keluar dari kubikel tu dan keluar tandas dan menuju ke suatu destinasi.

Ucop berkali-kali ingatkan diri dia yang keputusan ni sangat penting untk masa depan dia. Dia mesti laksanakan jugak. Ucop berhenti di kolam Taman Sains yang nyata berkeladak dengan lumut. Ucop tarik nafas dalam-dalam "Saya tak nak jadi adik angkat akak sebab saya kena tumpukan perhatian kat pelajaran. Ni semua buang masa." Lega jugak akhirnya. Senior perempuan form 4 overweight yang mendengar kata-kata Ucop, antara lain hobinya kumpul adik angkat terus berubah muka, lantas berlari pulang ke hostel dengan air mata bercucuran. Hari ini, satu lagi insan di sekolah tu terselamat dari menjadi mangsa trend adik/akak angkat. Syukur.

Ini apa? Kenapa Suatu Masa Di Jalan Tenteram?

Di Jalan Tenteram asalnya diwujudkan oleh aku dan Fariz teman sebilik di sekolah dahulu. Sorry ye di atas penggunaan kata diri 'aku', sebab DJT adalah sebuah projek yang personal dan rapat signifikannya dengan aku (di blog lain seperti blog music aku dan personal aku pakai ganti nama diri 'gua', sebab apa entah).

Aku tak ingat sangat macam mana aku conceive idea ni tapi cerita-cerita terawal ini terhasil sewaktu aku selalu travel dalam LRT dan selalu tweet menda merepek. Kemudian aku mulakan hashtag #boardingschoolmemories dan aku share kenangan aku di sekolah Jalan Tenteram ni (teka la sekolah mana satu hehe) dalam 140 patah perkataan. Takde la jadi trending ke apa orang start follow hashtag tu ke apa kemudian aku perasan, banyak sebenarnya kisah-kisah aku simpan dan tak ceritakan. Tu baru aku, kalau aku kumpul cerita daripada 5 orang rakan satu batch? Macam mana kalau aku kumpul 5 cerita daripada setiap seorang individu yang pernah belajar kat sekolah ni? Bukan ke ia satu perkongsian yang menarik?

Seringkali bila aku lepak dengan kawan-kawan sekolah (terutamanya sekumpulan budak-budak yang majoritinya kulit gelap, for some strange reason aku cerah gila kahkah), selalunya topik akan bermula dengan kehidupan semasa, karier, kahwin/relationship kemudian lama-lama kami akan terpesong kepada kenangan zaman sekolah. As if we never really wanted to leave it (zaman tu), apa lagi to forget it. True, we are all grown up but whenever ingat balik, wah, aku terutamanya akan rasa life is not bad, at least zaman sekolah aku exciting, although aku bukanlah selebriti, sportsman atau bermasalah disiplin sewaktu dulu. Aku hanyalah seorang produk sekolah berasrama yang tak sempurna. Yang defect. Aku banyak perhatikan orang di zaman sekolah dahulu. Membuatkan aku rasa aku mungkin perlu mula menulis segala cerita-cerita zaman remaja di asrama ni, sebelum aku terlupa.

Di kalangan rakan-rakan sekolah yang lain, aku memilih jalan yang songsang sedikit. Aku tak jadi seperti kebanyakan mereka; doktor, jurutera, pakar itu ini. Aku hanyalah seorang penulis di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa di Petaling Jaya. Sebenarnya menulis bukanlah passion aku, aku cuma suka kongsi excitement sesuatu cerita. Jadi aku rasa projek ni adalah satu attempt aku ( dan rakan-rakan) untuk menyalakan passion creative writing. Macam Fariz (co-writer projek ini) di siang hari dia adalah seorang jurutera tapi aku tau dia ada minat menulis. Aku beri galakan untuk dia terus menulis dalam projek ini supaya minat itu tak mati.

Kewujudan DJT secara dasarnya adalah untuk menjadikan kenangan lampau di sekolah terus subur dan hidup, seperti mak dan abah aku pernah cakap tiap kali aku malas nak balik sekolah "zaman sekolah adalah zaman terbaik dalam hidup kau, zaman kat uni pun tak sehebat ni". They were right. Aku pasti kau orang pun akan setuju.

Projek DJT ini tak mempunyai goal yang spesifik. Aku cuma nak kumpulkan kisah-kisah dahulu. Paling jauh aku boleh fikir sekarang adalah untuk compile dalam bentuk buku bersiri dan print bila aku dah berusia dan kaya kemudian jual masa dinner alumni hahahaha. Yang penting pada aku adalah tiap kali kau singgah dan baca di sini aku nak kau orang menutup blog ini sambil tersengih dan berkata 'ha aku dulu pun pernah buat benda yang serupa' atau 'ha aku ada masa menda ni jadi', 

Aku harap projek ini akan terus berjalan untuk jangka masa yang panjang sebab tempoh 5 tahun di sekolah ni sebenarnya banyak cerita boleh dikorek keluar. Okey? Lain kali aku akan tulis lagi.

A.