Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, September 02, 2017

Surat Cinta Yang Tak Kesampaian

Sejak menjejak umur 15 tahun ni, Acit mula sedar yang perasaan dia cepat bergelora. Entahlah, susah pulak nak gambarkan. Asal nampak pelajar perempuan lalu je, dia rasa lain macam.

Oooh, awek lalu!
Acit merenung Najwa dari jauh. Kebelakangan ni dia asyik-asyik terserempak Najwa. Tak kira la bila habis kelas English ke, kat kantin ke, ko-op ke takpun bila turun tangga tonggek. Jodoh kot, keluh Acit sorang-sorang. Entah ye ke tak, kot Acit je yang perasan sendiri pun tak tau la nak cakap.

Dalam diam, Acit merangka macam mana nak cuba rapat denga Najwa, atau Anne, nama dia di luar sekolah. Acit tau la sebab dia kena start buat homework pasal budak ni. Jadi dia pun mula merencana langkah mengumpul intel.

Pertama sekali, Acit menyusup keluar dari dorm dan turun ke blok akademik lepas pukul 12 tengah malam. Acit kena pastikan takde siapa pun perasan dia keluar.

Mencari maklumat, jangan sampai kantoi!
Kedua, Acit kena kumpul maklumat. Apa-apa maklumat. Jalan paling mudah, pergi ke meja Najwa dan selongkar meja dia dan kawan baik dia. Budak perempuan kan suka simpan buku autograf, tulis biodata dengan hobi la dengan segala details diorang. Kalau Acit dah tau apa Najwa suka, senang sikit nak buat topik borak. Takpun boleh hantar request.

Ketiga, sama ada buat-buat ada hal nak bercakap dengan Najwa. Kalau bacul sangat, Acit kena karang surat.

Tapi sebab Acit bacul dan socially awkward, dia pilih untuk tulis surat. Ini jugak peluang dia tunjuk kehebatan mengarang ayat jiwang kuntum yang selama ni tersemat dalam kepala. Najwa pasti melutut membaca nanti, syok Acit sorang-sorang. 

Jadi bermulalah usaha Acit mengarang surat cinta pertamanya. Habis segala skil menulis dia manfaatkan. Pulak tu dicurah bedak pulak nak kasi surat wangi. Tambah pulak skil melipat surat cinta yang bukan calang-calang.

Bila tiba harinya, Acit cuba beranikan diri mendekati Najwa. Aku boleh, teriak jiwa Acit berkali-kali. Surat disemat kocek seluar kanan, langkah dihayun pantas. Najwa kelihatan nak menuruni tangga tonggek.

Baru nak sampai ke Najwa, si Fawwaz pulak menahan langkah Acit untuk confirmkan rancangan mereka keluar bandar hujung minggu tu. Masa ni jugak dia nak ada, maki Acit dalam hati. Lepas jawab lebih kurang, Acit kembali melangkah ke Najwa yang sekarang tengah berbual dengan seorang kakak senior.

'Hai Najwa,' sengih Acit awkward.

'Ya?' Najwa berhenti berbual dan pandang Acit. Masa tu dada Acit macam dah meletup dah, girang tak ingat. 

Ya, Acit? Dan Acit hilang kawalan.

Lantas diseluk poket kanan untuk menghulur surat yang berpotensi menguntumkan cinta antara dua insan.

Malang. Poket kanan kosong. Acit dah panik, dia yakin tadi memang surat tu ada kat poket tu. Peluh dah mula merecik di dahi. Najwa pulak masih menanti respon Acit.

Bukan sekarang nak screw up!
Celaka, celaka, celaka! Bentak jiwa Acit.

Kemudian baru dia teringat, tadi masa dia kena tahan dengan Fawwaz, dia keluarkan tangan dari poket untuk bersalam. Babi Fawwaz, maki Acit lagi sekali, dalam hati la. Dia pusing belakang dan tengok spot dia berhenti tadi kot-kot surat tu terjatuh di situ. Tiada!

'Awak nak tanya apa tadi?' tanya Najwa lembut, walaupun dia rasa macam jengkel Acit berpeluh macam hujan, dah la tak cakap apa-apa!

'Perhatian kepada semua pelajar Jalan Tenteram...' tiba-tiba ada pengumuman dari blok putera.

'Hari ini kita ada dedikasi khas ya. Daripada Rashid Khalid kepada Izzatul Najwa,' rasa macam darah semua menyerbu ke muka Acit. Najwa ternganga luas.


'Najwa, jika langit boleh ku lakar, pasti ku potretkan wajahmu agar segenap alam maklum akan keindahanmu...' baca si pengumum dengan sedikit giggle. 

Acit dah tak ingat baris  seterusnya, dunia terasa gelap selepas tu. Najwa berlari masuk semula ke asrama perempuan, nampaknya tidak mampu menampung malu. Obviously, ada la kutu yang terjumpa surat tu dan dapat idea genius untuk hebahkannya ke serata sekolah. 

Najwa berpindah sekolah tak lama lepas tu. Acit masih menjadi bahan kutukan sehingga hari ini. 

Zaman sekolah menengah memang nasty.

Monday, November 04, 2013

Request

"Siapa nak hantar request bole isi borang ni, next week masa minggu ELS kitorang hantar" Fawwaz terpinga pinga tatkala mendengar akak POD memberitahu seluruh kelasnya. Suara akak POD (Prefect on Duty, bertugas mengawal kelas sewaktu prep) yang sengau itu melenyapkan lamunan Fawwaz yg khusyuk memerhati sosok tubuh akak POD itu.

"Cis potong stim betul la.. baru nak usha akak ni sekali suara sengau daa" bentak hati kecil Fawwaz. Suara sengau akak POD itu memang tidak sepadan dengan tubuhnya yg ramping dan montok. Bak kata abg prefect dorm Fawwaz " Dia ni mcm jelmaan cikgu Mazlin lah!". 

Ucop yg teruja mendengar pengumuman akak POD itu terus pergi ke hadapan kelas mengambil kertas request. "Hmmm.. nak bagi kat abang angkat dia la tu" bisik Wak Parjo kepada Fawwaz. Fawwaz hanya mampu tersenyum sambil matanya tidak lepas dari memandang mata akak POD itu. " Mata kuyu akak ni, memang faveret aku. Bagi request kat dia best jugak" ujar Fawwaz dalam hatinya.

Setelah Ucop selesai mengisi borang request yg mana telah separuh diisinya, apa gila si ucop ni byk betul duit dia nak bg request, Fawwaz terus merampas borang itu dan terus menulis. " Ini kalau aku bagi request ni kat akak POD ni, sekali tulis dgn ayat aku amik mesti tangkap leleh la akak ni", fawaz tersenyum kekambingan. Fawwaz menghabiskan ayat requestnya dengan bait-bait puitis romantis. Fawwaz mengeluarkan wangnya dan terus membayar kepada akak POD tu.

Seminggu berlalu, maka bermulalah minggu ELS ni. Banyak aktiviti lagho yg telah dianjurkan oleh Kelab ELS ni di mana ia mendapat tentangan keras dari ustazah Nik Astria. Entah dari mana datangnya nama Nik Astria ni pun Fawwaz tiada ketahuan. Baginya cukuplah akak POD itu mendapat request darinya dan pergi lantaklah semua program ELS itu kerana ianya serba melalaikan.

Selesai prep malam Fawwaz, Ucop dan Wak Parjo bergegas ke kantin untuk membeli nasi goreng ibuk Misnahzamanhuri. Fawwaz berlari-lari anak mengejar Ucop dan Wak Parjo dan tiba-tiba Fawwaz terjatuh tersungkur lantas bergolek. Rupanya Fawwaz telah terlanggar sesosok tubuh yg besar lagi gelap. Oh, Fawwaz telah terlanggar abang Presiden PPI (Persatuan Pelajar Islam), abang Cikong. Abg Cikong sambil membetulkan serbannya," dah takde mata ke ha? berlari lari tak tgk depan!" marah abang cikong. "maaf abang, saya tak nampak abang, gelap kat sini.." jawab Fawwaz. Abang cikong terus beredar menahan amarahnya yang masih meluap.

Setelah kenyang menikmati nasi goreng ibuk Misnahzamanhuri, Fawwaz bergegas balik ke dormnya.Dia terkejut kerana mendapati abang Cikong telah berada di dalam biliknya. "Bahana apakah ini?" getus Fawwaz. 

"Hei Fawwaz! Aku tengok bukan main lagi ko bagi request kat Si Jasmin ni, apa ko ingat dia ni girlfriend ko ke?" tengking abang Cikong.
Fawwaz kehairanan bagaimana Abang Cikong boleh tahu akan hal request ni. "Errrmm takdelah bang.. saya cuma minat2 je kat akak tu.." jawab Fawwaz ketakutan.
"Aku tak tau mcm mane tapi si Jasmin dalam kelas tadi punyelah tersenyum baca request ko, aku bengang betul lah! Kau pergi bilik TV sekarang! " marah Abang Cikong.

Fawwaz terus bergegas ke bilik TV. 5 minit kemudian Abang Cikong datang dan terus menghampiri Fawwaz. Jantung Fawwaz berdegup laju "matilah aku kali ni, matilah aku".
Abang Cikong terus memegang bahu Fawwaz dan terus berkata " abang bukan ape Fawwaz, tadi abang berlakon je. Mcm mane ek nak buat ayat request power macam ko. Abang sebenarnya memang dah lama nak tackle si Jasmin tu".

Degupan jantung Fawwaz bagai hampir terhenti mendengar soalan abang Cikong. 

"Oh saya ingatkan abg nak pukul saya lah tadi. Cuak saya. Takpe bang, nanti saya bagi pinjam kaset N'Syncs, abang dengarlah sampai hafal ye. Saya amik ayat dari lirik lirik dorang je bang" jawab Fawwaz kelegaan. Janji tak tidur perut kesenakan sudahlah!