Thursday, August 02, 2012

Apabila Dua Bertaut

Malam tu Ucop berasa terlalu mengantuk. Mungkin penangan nasi lauk ayam kicap petang tadi agaknya. Sehiggakan ketika wirid selepas solat maghrib pun dia tersengguk-sengguk. Ditambah pula petang tadi Cikgu Midin ada menyuruhnya berlari keliling padang selama 5 kali ketika latihan ragbi. Ya, sekarang Ucop sedang berjinak-jinak dengan sukan ragbi. Demi untuk mendapat abang dan kakak angkat, Ucop gagahkan juga walaupun badannya umpama sekeping papan lapis.

Prep malam bermula jam lapan. Ucop mengheret dirinya ke kelas. Dia terserempak dengan beberapa abang senior. Ucop cuba memberi salam seadanya untuk mengelakkan dirinya tidur dengan perut senak.

Jam menunjukkan angka sembilan. Ucop tidak tahan lagi. Suara Fawwaz yang dari tadi membebel tentang stokinnya dipinjam secara kekal oleh Abang Khair semakin sayup. Akhirnya Ucop terlena.

Tiba-tiba Ucop tersentak akibat mimpinya. Dia termimpi seakan-akan dia hendak jatuh bangunan. Meja bergerak ke hadapan disentak Ucop. Memang ganas. Selepas hilang mamai Ucop, dia baru perasan yang kelasnya sudah gelap.

"Celaka betul. Prep dah habis pun diorang tak kejut aku!" Getus Ucop dalam hati.

Perasaan takut menyelubungi Ucop kerana suasana gelap dan cerita-cerita mistik berputar di dalam kepala otaknya. Ucop bergegas bangun. Ketika dia hendak melangkah....

"GEDEBUK!"

Ucop tersungkur. Kedua-dua tali kasutnya terikat menyebabkan dia tersadung.

"Kecelakaan berganda betul la korang!!!!!!" Marah Ucop lalu bingkas bangun untuk membetulkan tali kasutnya dan bergegas turun ke bawah.Malam itu, Ucop belajar erti apabila dua bertaut.

Sent from my BlackBerry®

No comments:

Post a Comment