Monday, November 19, 2018

Malam Merdeka

Malam hening. Tak kedengaran langsung bunyi cengkerik. Di Dataran Bendera kelihatan AJK Kelab Sejarah sedang bertungkus-lumus melakukan persiapan terakhir untuk sambutan Ambang Merdeka. Dengar kata Jay Jay akan datang untuk memeriahkan lagi suasana.

"Tak merdeka lah kalau aku terperuk je kat sekolah malam Merdeka ni..." Ucop bermonolog. Dia tekad nak buat kerja gila malam ni. Setelah 16 tahun lahir ke dunia, malam ni Ucop berangan nak tengok bunga api di Dataran Merdeka.

Jam 9:30 malam, pengumuman di asrama menyuruh semua pelajar turun ke Dataran Bendera. "Jom gerak Ucop, Jay Jay wei malam ni..." ajak Fawwaz. "Takpe, kau gerak dulu. Aku nak berak." Balas Ucop. Fawwaz terus berlalu.

Tak lama kemudian, Ucop mengorak langkah ke belakang asrama dan keluar melalui pagar yang sedikit berlubang. "Memang aku saja malas nak ajak Fawwaz. Budak gemuk mana muat lubang ni..." Ucop tergelak sendiri dalam hati. Setelah keluar, Ucop sambung berjalan lebih kurang 400 meter dan berhenti di kawasan semak berhampiran perhentian bas. Ucop cuba untuk "stealth" dan "blending" dengan persekitaran semak yang gelap. Dia tak mahu jadi seperti Ikmal dan Hanif yang diangkut pulang oleh Ustaz Din yang kebetulan lalu di perhentian bas minggu lepas.

10 minit masa berlalu, kedengaran enjin bas Intrakota 234. Destinasi, Jalan Silang. Ucop melangkah keluar dari semak untuk menahan bas. Tak lama kemudian... "Zap...Zup...Zap" Fawwaz tersengih sambil mendepang tangan menahan bas.

Bas Intrakota ke Jalan Silang

No comments:

Post a Comment