Sunday, December 02, 2012

Ini apa? Kenapa Suatu Masa Di Jalan Tenteram?

Di Jalan Tenteram asalnya diwujudkan oleh aku dan Fariz teman sebilik di sekolah dahulu. Sorry ye di atas penggunaan kata diri 'aku', sebab DJT adalah sebuah projek yang personal dan rapat signifikannya dengan aku (di blog lain seperti blog music aku dan personal aku pakai ganti nama diri 'gua', sebab apa entah).

Aku tak ingat sangat macam mana aku conceive idea ni tapi cerita-cerita terawal ini terhasil sewaktu aku selalu travel dalam LRT dan selalu tweet menda merepek. Kemudian aku mulakan hashtag #boardingschoolmemories dan aku share kenangan aku di sekolah Jalan Tenteram ni (teka la sekolah mana satu hehe) dalam 140 patah perkataan. Takde la jadi trending ke apa orang start follow hashtag tu ke apa kemudian aku perasan, banyak sebenarnya kisah-kisah aku simpan dan tak ceritakan. Tu baru aku, kalau aku kumpul cerita daripada 5 orang rakan satu batch? Macam mana kalau aku kumpul 5 cerita daripada setiap seorang individu yang pernah belajar kat sekolah ni? Bukan ke ia satu perkongsian yang menarik?

Seringkali bila aku lepak dengan kawan-kawan sekolah (terutamanya sekumpulan budak-budak yang majoritinya kulit gelap, for some strange reason aku cerah gila kahkah), selalunya topik akan bermula dengan kehidupan semasa, karier, kahwin/relationship kemudian lama-lama kami akan terpesong kepada kenangan zaman sekolah. As if we never really wanted to leave it (zaman tu), apa lagi to forget it. True, we are all grown up but whenever ingat balik, wah, aku terutamanya akan rasa life is not bad, at least zaman sekolah aku exciting, although aku bukanlah selebriti, sportsman atau bermasalah disiplin sewaktu dulu. Aku hanyalah seorang produk sekolah berasrama yang tak sempurna. Yang defect. Aku banyak perhatikan orang di zaman sekolah dahulu. Membuatkan aku rasa aku mungkin perlu mula menulis segala cerita-cerita zaman remaja di asrama ni, sebelum aku terlupa.

Di kalangan rakan-rakan sekolah yang lain, aku memilih jalan yang songsang sedikit. Aku tak jadi seperti kebanyakan mereka; doktor, jurutera, pakar itu ini. Aku hanyalah seorang penulis di sebuah agensi pengiklanan antarabangsa di Petaling Jaya. Sebenarnya menulis bukanlah passion aku, aku cuma suka kongsi excitement sesuatu cerita. Jadi aku rasa projek ni adalah satu attempt aku ( dan rakan-rakan) untuk menyalakan passion creative writing. Macam Fariz (co-writer projek ini) di siang hari dia adalah seorang jurutera tapi aku tau dia ada minat menulis. Aku beri galakan untuk dia terus menulis dalam projek ini supaya minat itu tak mati.

Kewujudan DJT secara dasarnya adalah untuk menjadikan kenangan lampau di sekolah terus subur dan hidup, seperti mak dan abah aku pernah cakap tiap kali aku malas nak balik sekolah "zaman sekolah adalah zaman terbaik dalam hidup kau, zaman kat uni pun tak sehebat ni". They were right. Aku pasti kau orang pun akan setuju.

Projek DJT ini tak mempunyai goal yang spesifik. Aku cuma nak kumpulkan kisah-kisah dahulu. Paling jauh aku boleh fikir sekarang adalah untuk compile dalam bentuk buku bersiri dan print bila aku dah berusia dan kaya kemudian jual masa dinner alumni hahahaha. Yang penting pada aku adalah tiap kali kau singgah dan baca di sini aku nak kau orang menutup blog ini sambil tersengih dan berkata 'ha aku dulu pun pernah buat benda yang serupa' atau 'ha aku ada masa menda ni jadi', 

Aku harap projek ini akan terus berjalan untuk jangka masa yang panjang sebab tempoh 5 tahun di sekolah ni sebenarnya banyak cerita boleh dikorek keluar. Okey? Lain kali aku akan tulis lagi.

A.

4 comments:

  1. salam...
    tahniah untuk anda berdua.. mengembalikan kenangan di jalan tenteram.. sememangnya kenangan terindah dalam hidup..
    in sha Allah all the memories will remain in our heart..
    terus kan usaha kalian.. good job.

    rosli smss94

    ReplyDelete
  2. Tersenyum saya baca beberapa entri (baru sikit je pun). memang mengusik kenangan lalu ..cewah!
    penceritaan santai dan menghiburkan. mudah2an Djt (sekolah yang mana satu ek?) akan terus meriah dgn ceritera2 nya!

    huda smss94

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas sokongan dan diharapkan dapat teruskan membaca. Kami akan terus berusaha menulis cerita-cerita yang menarik untuk bacaan semua. Sebarang idea atau hendak berkongsi cerita-cerita zaman sekolah, sila email kepada kami di budakbudakhostel@gmail.com I'Allah kami akan cuba karang sesuatu melalui perkongsian tersebut. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. Haha.. Aq bce cerita ko terkenang lak zaman2 kt skolag teknik aq time senior buli junior, pg fly semata2 nk g cc, pastu seludup rokok jual kt asrama, best wooo..

    ReplyDelete