Friday, June 29, 2012
Sunday, June 17, 2012
Tandas Puaka
Malam itu serba tak kena bagi Fawwaz. Dia mengiring ke kiri tak kena. Dia mengiring pula ke kanan, masih tak kena. Cuaca malam itu agak panas sedikit. Dah lebih seminggu hujan tak turun membasahi Jalan Tenteram ni. Rakan-rakan dorm yang lain semua sudah tidur. Terpancar sekelumit rasa cemburu di hati Fawwaz. Dengkuran Rashdan yang masih belum akil baligh di katil hujung itu jelas kedengaran sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi Fawwaz untuk tidur. Ucop di katil sebelah sudah lama lena lengkap berselimut.
"Tak panas ke si Ucop ni berselubung dengan selimut malam ni?" tanya Fawwaz dalam hati.
Tik...tok...tik...tok...Jam menunjukkan angka 1230 tengah malam. Kawasan dorm pelajar tingkatan 1 memang sudah gelap. Tiada suara kedengaran. Kalau ada pun, gelak tawa dari Dorm Pengawas di tingkat 1. Tiba-tiba, di kala Fawwaz cuba melelapkan mata, perutnya berasa memulas. Dia perlu segera ke tandas. Tapi cerita hantu gosok gigi yang diceritakan oleh Abang Khair semalam masih segar diingatan. Fawwaz cuba untuk menahan dan berusaha untuk melelapkan mata. Sampai satu ketika, Fawwaz terkentut lantas mengeluarkan bau yang sangat busuk sehingga dia pun terasa seperti mahu pengsan.
Fawwaz nekad. Ucop di katil sebelah dikejutkannya.
"Ucop!Ucop!" panggil Fawwaz sambil menggerakkan badan Ucop sedikit kuat.
"UCOP!" panggil Fawwaz lagi separa menjerit.
Ucop nyata jengkel dengan kejutan Fawwaz menjawab acuh tak acuh, "Apa kau nak malam-malam buta ni Fawwaz? Gi tido laaa...aku tengah mimpi Fazlin ni..."
"Ucop, teman aku gi toilet kejap. Takutlah..." pujuk Fawwaz
"Kau nak takut apa malam-malam ni?" tanya Ucop buat-buat berani
"Alahh...aku takutla kalau hantu gosok gigi yang Abang Khair cerita tu keluar" ujar Fawwaz
"Mana ada hantu. Takut sangat kau ni! malas aku nak teman kau..." Ucop menjawab tegas
"Alaaa Ucop, kalau kau tidur balik pun bukannya Fazlin tu datang balik. Baik kau buat pahala teman kawan kau ni nak pergi toilet. Ada jugak faedahnya" semangat Fawwaz berhujah umpama Presiden PPI.
"Yelah...yelah" dengus Ucop
Fawwaz dengan pantas mencapai tuala dan baldinya. Dia terus keluar dorm dan melangkah ke tandas. Ucop menurut Fawwaz dari belakang.
"Ucop, aku masuk dalam kau tunggu kat luar ye? Kita borak-borak la supaya tak sunyi." cadang Fawwaz
"Hmm...." jawab Ucop lagi acuh tak acuh
Fawwaz lantas masuk ke kamar kecil dan mula menjalankan urusan perniagaannya.
"Kau mimpi apa tadi Ucop?" tanya Fawwaz membuka bicara
"Alaaa...takde apa-apa laa. Aku mimpi Fazlin tengah ajar aku Sains je. Kau lah kacau!" Ucop masih tak puas hati
"Ala Ucop, sorry la..Aku betul-betul tak tahan nak pergi toilet." Fawwaz cuba memujuk Ucop untuk memaafkannya
Tiba-tiba,,, *KLIK*
Fawwaz tidak nampak apa-apa. Keadaannya gelap-gelita. Dia kaget.
"DAH KE BELUMMM???" terdengar suara garau dari luar
Fawwaz semakin kaget. Tanpa berfikir panjang dia terus mencapai gayung dan kain tualanya. Pintu kamar kecil dibukanya dan dia terus melompat keluar.
"HAHAHAHAHAHAHA!!!!" gelak Ucop di luar tandas.
Fawwaz berdiri di depan pintu dengan gayung di tangan dan tuala di bahu. Dia tak memakai seluar! Dalam suasana yang kelam-kabut dan panik tadi Fawwaz terlupa untuk menyarung seluar ataupun sekurang-kurangnya memakai tuala.
*KEBUSHHHHH* Fawwaz menyimbah air yang penuh di dalam gayung kepada Ucop, puas hati...
Saturday, June 16, 2012
Teh O kaw
Prep malam tu Ucop rasa letih sangat. Berapa kali dah sejak prep malam mula pada 8.00 dia asyik tersengguk-sengguk di meja. Latihan Geografi entah ke mana pergi, bersepah-sepah tulisan tanda dia memang separuh sedar nak siapkan kerja. Ini semua training ragbi la tadi ni, keluh Ucop sambil lap muka bila Fawwaz tanya kenapa dia macam tak fokus.
Ucop cuba ke tandas, jalan terhuyung-hayang hampir melanggar meja Fazlin yang terletak dekat pintu. " Ei bongok tau kau ni, mata letak mana!" jeritan nada tinggi Fazlin menggegar gegendang telinga Ucop. Malas dah nak cakap maaf, dalam kepala Ucop dia nak basuh muka dan lepak kejap depan kolam Taman Sains. Penat gila sial, bebel Ucop sorang-sorang.
Ucop ambil keputusan untuk tidur saja kat meja sampai habis prep. Melampau betul ni. Nasib baik prep berbaki lagi setengah jam, jadi Cikgu Samsudin takkan meronda blok akademik untuk merotan budak-budak nakal tuang prep. Cukup masa Ucop kemas barang dan paksa diri pulang ke bilik. Dalam kepala dia hanya nak tidur. Isyak ke mana, gosok gigi pun entah ke mana. Dia baru je nak melangkah tangga naik ke bilik tiba-tiba terdengar namanya dipanggil dengan nada paling biadab. Ah celaka, Arshad nak apa ni, bisik Ucop.
Arshad berdiri di balkoni memegang botol kosong. "Oi Ucop, tolong aku amik teh o kat dewan makan!" laung Arshad melayangkan sebuah botol kosong untuk disambut Ucop. Nama je tolong tapi lebih kepada arahan. Ingkar bererti Ucop akan tidur dengan perut yang senak. Ucop jadi sakit hati, sudahlah mengantuk lepas tu kena pegi isikan air untuk Arshad pulak. Babi! Maki Ucop bertalu-talu.
Dewan Makan masih penuh. Pelajar lelaki dan perempuan masih melepak menikmati milo panas (yang cair, mengikut standard mamak) bertemankan karipap kentang. Ucop tiada selera malam tu. Katil! Katil! Katil! Jeritan batin Ucop bergema dalam jiwa Ucop. Tangkas dia mengisi botol kosong dengan Teh o di tong minuman ketiga. Usai penuh botol, cepat-cepat Ucop melangkah keluar dari Dewan Makan. dan ambil shortcut untuk ke bilik Arshad. Apabila Ucop melintasi tandas tingkat bawah, akal jahat berbisik kepada Ucop.
'Abang, nah Teh O. Saya letak kat loker abang ye' lembut Ucop bersuara dengan pantas dia letak botol tu dan terus blah ke bilik dia, tersengih. Arshad tengah sibuk meniru kerja rumah Fizik bingkas bangun menuju ke loker dan mengelek botol Teh O ke birai katil. "Peh, layan sial minum teh sambil buat homework, eh aku tiru bukan buat sebenarnya' lantas mengekek gelak terhadap jenaka sendiri.
Ucop pun berderai gelak di biliknya sampai menekup bantal ke muka untuk cover ketawa dia yang tersedu-sedu macam badak beranak. Bodoh Arshad, rasa aku punya Teh O kencing! Sedap tak kahkah! Ucop membetulkan kedudukan penisnya lantas menarik selimut untuk tidur.
Wednesday, June 13, 2012
Popularity Contest: Bahagian 1
Fawwaz merenung kosong ke luar tingkap waktu prep petang.Dia rasa macam loser. Atau paling tepat, rasa macam invisible. Dah 3 bulan masuk sekolah tapi masih belum diambil jadi adik angkat oleh mana-mana senior.Ah, problem utama jadi budak junior, selain daripada kena ragging. Kalau kau takde kakak/abang angkat, basically kau tak wujud. Ye kawan-kawan, it's a popularity contest in here, bisik Fawwaz sorang-sorang.
Petang tu Fawwaz nekad untuk turun selection ragbi.Mohon ada senior yang beriadah dapat menyedari kewujudan dia di sekolah ini.
Petang tu Fawwaz nekad untuk turun selection ragbi.Mohon ada senior yang beriadah dapat menyedari kewujudan dia di sekolah ini.
Wednesday, June 06, 2012
Tragedi Bilik Basuh
Malam
tu, malam Sabtu. Prep malam memang tiada di hujung minggu. Kebanyakan
pelajar menjalani aktiviti bebas selepas waktu Isyak tak kiralah
membasuh baju ke, diskusi keagamaan di belakang surau, melahap nasi
goreng di kantin (hanya berharga 70 sen, lazat!), termasuk berlari-lari
bebas memanjat pagar menuju kebebasan dunia luar (juga dikenali sebagai
fly). Ucop, hanyalah berusia 14 tahun waktu itu, yang dia tahu hanya
belajar, belajar dan belajar. Tiada istilah serong dari tujuan asal dia
datang ke sekolah berasrama penuh tu sekalipun di hujung tahun yang sama
dia mula mengenali nikmat fly ke cyber cafe untuk bermain CS dan
menonton porno.
Ucop
selepas waktu Isyak, bersiap-siap turun ke kampus akademik dengan
berpakaian baju Melayu dan berseluar slack beserta kopiah putih. Niatnya
cuma satu, tugasan sains Cikgu Mazwin mesti disiapkan malam tu jugak
beserta membuat latihan Matematik, sebab ujian bulanan terbaru dia
hampir terjerumus ke gred C. Ucop malu. Ucop mesti tebus kembali
maruahnya. Dia nak menyaingi Sarah, budak pandai dalam kelas beliau.
Mana tahu Sarah mula bagi perhatian kat dia pulak, bonus okay!
"Coppp!
Pegi mana?" jerit sekumpulan budak berpakaian sukan kepada Ucop yang
tengah menuruni tangga tonggek (dikenali dengan nama sebegitu kerana
kadar kecuramannya menjadikan sesiapa yang menaiki dan menuruni sedikit
menongkat punggung, justeru tonggek). Ucop berpusing menghadap suara
tersebut, "Ahh abang Khalid, abang Fariz, abang Acap, saya nak pergi
kelas buat kerja sekolah la" sambil menguntum senyuman kepada kumpulan
pelajar senior tingkatan 4 itu. "Ala Ucop jom lah main badminton seround
dua, karang-karang buatlah kerja tu" tukas Fariz yang juga dikenali
sebagai Wok, lantaran nama neneknya yang aneh lantas menjadi bahan
cercaan kawan-kawan sebaya. 'Sori la bang, next week boleh? Kerja banyak
sangat lah", tolak Ucop dengan sopan. Silap gaya boleh kena settle
kalau tone suara macam biadap. Di sini, semuanya kena hormat. Jangan nak
tunjuk hardcore, kelak memang selalu kena hukum, walaupun tak beri
salam.
Kelas
kosong, barangkali ramai yang pergi menonton filem bootleg di bilik
Telesidang di bawah. Malam tu Cikgu Rahmat tayang filem The Crow, pakai
VCD cinema copy lepas itu mengenakan bayaran RM2, jadi mungkin ramai
yang berhimpit tengok dekat bilik tu. Ucop duduk dan membuka buku
latihan dan mula menulis.Sains tingkatan dua sangat memberi tekanan.
Ucop selalu berangan untuk cepat-cepat naik tingkatan tiga supaya dia
boleh terus belajar tentang bab 1 Sains tingkatan tiga. Terlalu banyak
misteri yang mengelilingi chapter tu, kena pula diajar oleh Puan Zaleha
yang berdada besar dan seksi..."Ucop!" lamunannya mati dengan tiba-tiba
oleh jeritan Fawwaz. "Apa?" pendek balasan Ucop, marah sebab fantasinya
melayang tak pasal-pasal. "Abang Acad panggil kau, katanya ada menda
penting", beritahu Fawwaz sambil membetulkan cermin matanya. Ucop
mengeluh, ni mesti tak suruh ambik air kat water cooler, mesti suruh
buatkan homework fizik. Dia tau sangat perangai pemalas si Arshad tu.
"Kau
cakap la dengan dia aku ada kerja la" balas Ucop lepas lama berfikir.
Fawwaz jadi sikit baran, nak relay mesej ke sana sini bukan kerja yang
seronok! Lagi pulak nak naik tangga tonggek tu, "Wei aku penat la nak
ulang alik, kau naik la cakap sendiri" lantas terus berpusing keluar
dari kelas. Babi! Maki Ucop dalam hati. Dengan hati yang berat dia
mengemas barang dan menutup lampu serta kipas dan menuju semula ke
hostel. Waktu minum malam dah hampir, Ucop agak mesti Arshad suruh dia
ambil sepinggan kuih dengan sejag Milo. Lepas perlahan-lahan mengelak
melalui zon larangan antara blok A dan B, Ucop akhirnya tiba di bilik Arshad.
"Abang
panggil?" tegur Ucop. Arshad sedang baring di atas katil sambil
mendengar walkman. Kelihatan cover kaset Cradle of Filth bertaburan di
sebelahnya."Ucop, tolong aku okay?" bunyi macam meminta pertolongan tapi
hakikatnya lebih kepada arahan. Ucop mendengus perlahan, "okay, apa
dia?". Arshad menunjukkan sehelai uniform sekolah tergantung di tepi
tingkap. Ucop faham dah, suruh basuhlah tu. "Nah tangkap!" Arshad
lemparkan sebuku sabun basuh. Ucop letakkan buku dan tukar baju lantas
menuju ke bilik membasuh. Dalam hatinya memaki hamun Arshad. Baju
sehelai pun kau tak nak basuh! Pemalas! Sial! Badan penuh panau! Aku
doakan kau fail SPM! Begitulah yang selalu didoakan oleh budak junior
kalau dibuli oleh senior yang bad ass.
Bilik
membasuh lengang. Hairan tapi mungkin semua pergi minum dekat dewan
makan kot. Ucop mula membasahkan uniform Arshad yang berdaki dan masam
tu. Sial ni tak reti bersihkan badan ke, tanya Ucop sorang-sorang. Baru
saja dia nak tenyeh sabun dan mula memberus, satu idea jahat timbul.
Ucop londehkan seluar dan terseringai puas. Lepas tu Ucop kasi kibas
sikit lebih kurang terus bawak balik bilik Acad terus jemurkan kat
tingkap. Arshad si bangang pulak sibuk layan Cradle of Filth dan tak
peduli nak periksa baju dia tu.
Hari Isnin, waktu pengetua tengah berucap, Ucop usha Acad dekat line student form 5 sana. Kelihatan Acad asyik tergaru-garu tak tentu hala. Ucop senyum dan berkata dalam hati, beracun jugak kencing aku ni. Sejak daripada tu, Acad tak kacau lagi Ucop.
Labels:
A is for Anomaly,
Dorm,
Junior,
Weekend
Tuesday, June 05, 2012
Hari Jumaat Lepas Sekolah
KRINGGGGGGG! Loceng berbunyi awal di hari Jumaat kerana pelajar putera perlu ke Masjid Saidina Osman untuk bersolat. Yang pergi awal bolehlah naik bas. Yang lambat pula perlulah memilih untuk berjalan kaki atau menahan kereta yang lalu-lalang. Bagi segelintir pelajar senior, inilah masanya untuk melencong. Padahal bukan tak cukup waktu fly yang telah diperuntukkan oleh para warden. "Thrill" katanya jika melencong ketika sembahyang Jumaat. Darah muda.
Berbeza pula dengan Yazid. Dia bergegas lari ke asrama. Tangga tonggek itu dilalui Yazid umpama meluncur di atas angin. Ramai juga yang tertanya-tanya kerana kebanyakkan pelajar semua bergegas menghala ke pintu pagar untuk berebut menaiki bas.
"Gi mana Yazid?" tanya Bahar kebetulan berselisih di tangga asrama
"Balik dorm kejap. Ada hal." jawab Yazid ringkas.
Yazid terus memanjat tangga menuju ke dormnya di tingkat 3. "Lambatnya nak sampai..." bisik hati Yazid. Arakian tiba di dorm, Yazid terus menanggalkan songkok, sampin dan seluar baju melayu serta mencapai tuala dan baldi. Yazid terus bergegas ke tandas. Sampai sahaja di tandas....
"Ahhhhh....leganya....." itulah perkataan yang keluar dari mulut Yazid separa kuat. Dalam 5 minit kemudian urusan perniagaan Yazid sudah selesai dan dia harus cepat turun ke pagar untuk mengejar bas terakhir ke masjid. Dia malas berjalan kerana cuaca sekarang panas terik. Yazid lantas memutar pili air...
"TIDAKKKKKKKKKKKKKKK!!!" jerit Yazid kerana pili air kering.
Labels:
A is for Anomaly,
Dorm,
Masalah Air,
Senior
Mercun Bola
Jarum jam menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Sepatutnya sudah light-off tetapi di dorm yang menempatkan pelajar senior, satu lampu pasti masih ON. Itu wajib. Yazid baru sahaja ingin menelaah matapelajaran fizik. Cikgu Jusoh siang tadi ada memberikan soalan latih tubi dan mahu dibincang esok. Yazid ketika prep malam sibuk berborak dengan Jasmin, membincangkan masa depan yang masih belum pasti sehingga terlupa homework Cikgu Jusoh. Cikgu Jusoh sememangnya terkenal dengan kegarangan beliau. Rotan 2 kaki panjang yang selalu dibawanya ke kelas sudah pun menghinggapi ramai mangsa. Bayangan rotan Cikgu Jusoh membuatkan Yazid semakin bersemangat untuk menyiapkan latih tubi tersebut.
"Soalan objektif je ni. Sekejap boleh siap. Paling teruk pun aku tembak aje la." kata Yazid separa kuat.
Malam itu agak hening. Unggas pun tidak kedengaran. Yazid lantas menekan punat PLAY di radio kecil pemberian kakak angkatnya dahulu, Rosmah. Kedengaranlah lagu Simple Plan dari corong radio tersebut. "Apa barang heavy metal. Pop punk la baru layan" cetus hati Yazid sambil cuba menyebut bait-bait lirik dengan sebutan inggeris ala-ala jawa Batu Pahat.
Sedang Yazid asyik melayan lagu Simple Plan tiba-tiba.... BANGGGGGGG!!!!! Bunyi letupan mercun bola memecah keheningan malam. Yazid tersentak hinggakan punggungnya terangkat sedikit dari kerusi. "Lahanat mana la main mercun bola malam-malam ni?" rungut Yazid. Tapi dia yakin, yang hanya berani meletupkan mercun di malam hari ini sudah pastinya pelajar Form 5 juga. Yazid malas ambil kisah sebab mereka satu batch.
Tidak lama kemudian Yazid terdengar keadaan riuh rendah menuju ke dormnya. Tiba-tiba Mat Yong muncul di pintu dorm Yazid dengan baju serba hitam. "Baru balik fly la tu" kata hati Yazid.
"Yazid, ko dengar tak bunyi mercun tadi?" tanya Mat Yong dengan nada geram
"Dengar. Kenapa?"
"Ko tau tak sape yang bakar mercun tu?!" semakin geram nada suara Mat Yong
"Mana aku tau dowh...aku tak jenguk pun keluar" balas Yazid, malas hendak melayan Mat Yong yang gempal
"Aku menyirap betol la dengan budak form 3 tu. Aku tengah belajar tadi sampai terkejut aku. Aku terus lupa nak tiru yang mana!" Mat Yong semakin marah
Tiba-tiba Bahar, Udin dan Kamil muncul di muka pintu sambil tangan mereka menarik Farhan yang juga dikenali sebagai Mat Kasut dikalangan pelajar senior.
"Yazid, aku nak pinjam dorm kau. Kasut lahanat ni pergi bakar mercun tengah malam. Terus aku tak jadi gayut dengan si Melur!" ujar Bahar. Dia memang marah.
"Aku nak setel si Kasut ni kat dorm kau boleh tak Yazid?" tanya Kamil pula tak sabar
"Kau pun mesti nak join setel budak ni jugak kan? Ko sedang belajar mesti terganggu punya sebab si Kasut ni bakar mercun!" Udin cuba menyemarakkan lagi api Yazid yang malap itu.
Tidak sampai 5 minit, sudah ada hampir 15 orang di dalam dorm Yazid. Hanif, Anuar, Leman, Awang dan Johan yang tidak tahu apa-apa pun ingin tumpang sekaki dalam sesi setel ni. Peluang yang jarang datang lebih-lebih lagi sekarang ini dorm sudah diasingkan mengikut form. Farhan hanya diam kaku berdiri ala-ala menunggang motor. Dia tahu apa yang bakal dihadapinya. Seorang junior dikerumuni oleh berbelas senior, hanya ada satu kesudahan...KESAKITAN!
"Kau tau tak kenapa kau kat sini?" tanya Mat Yong kepada Farhan
"Tau bang. Sebab..." PANGGG! Kamil menampar muka Farhan
"Aku tampar kau sebab kau tak reti bagi salam. Terus jawab je." ujar Kamil selamba
"Assalamualaikum bang. Saya tahu kenapa...." PANGGGG! Kali ini Leman pula menampar Farhan
"Jadah kau! Mana ada kumbang kat sini!" Leman separuh menjerit. Jerit yang dibuat-buat konon marah.
Farhan terus terpinga-pinga dek penampar Kamil dan Leman.
"Jawab laa soalan aku tadi!!!" jerit Mat Yong
"Soalan apa bang?" tanya Farhan, ternyata masih terpinga-pinga, Mungkin berdesing telinganya masih belum hilang
PANGGG!!! Kali ini penampar Bahar pula hinggap di pipi Farhan.
"Mat Yong tanya kau tadi. Kau tau tak kenapa kau kat sini?!" jerit Bahar
"Assalamualaikum abang-abang. Saya kat sini sebab saya bakar mercun bola." jawab Farhan berhati-hati tak mahu dilempang lagi. Tapi Farhan tidak tahu, setiap jawapannya sudah pasti akan salah dan akan berakhir dengan KESAKITAN.
"Yazid, kau dengar tak dia cakap tu? Aku hormat kau sebagai ketua, so aku nak kau mula dulu. Kita kasi setel si Kasut ni!" ujar Mat Yong bersungguh, sampai ternampak lemaknya berombak-ombak. Yazid serba salah. Kalau ikutkan hati dia tak marah pun pasal mercun tu. Memang dia terkejut tapi dia tak kisah. Tapi, kalau tak diikutkan permintaan Mat Yong ni, semakin lama Farhan akan disuruh berdiri ala-ala menunggang motor. Yazid telah membuat keputusan. Dia bangun dari kerusi belajarnya dan melangkah ke arah Farhan yang sedang menunggang motor. Dikepalkan tangannya, sikunya dibengkokkan sedikit, dan lengannya ditarik kebelakang. BUKKKKK! Satu tumbukan padu melekat di perut Farhan.
"CHARGE!!!!" jerit si Leman umpama pahlawan viking ketika berperang. Berbelas-belas orang melepaskan tumbukan dan tendangan ke atas Farhan. Satu peraturan emas: Jangan Sentuh Bahagian Muka! Farhan semakin lemah. Yazid hanya memerhati dari katilnya. Mungkin tangannya kesakitan kerana Farhan mempunyai abdomen yang keras hasil latihan silat kuntau. Tiba-tiba si Awang yang gemuk dan pendek dilihat cuba melepaskan tendangan ala-ala kungfu. Sasaran Awang: dada Farhan. Tapi apakan daya, graviti lebih berkuasa. Badan Awang yang berat itu ditarik ke bawah oleh graviti mengakibatkan kakinya tidak dapat diangkat tinggi. Sepakan Awang tersasar lalu terkena alat sulit Farhan.
"ADOIIIII!!!! K**ek aku!!!!" jerit Farhan senak
Semua berhenti sejenak dan membiarkan Farhan berguling-guling di lantai dorm. Seklip mata suasana menjadi senyap dan dorm Yazid menjadi kosong. Bahar tiba-tiba muncul membawa sebotol minyak lantas diberikan kepada Farhan.
"Nah, sapu sendiri kat tempat yang sakit" ujar Bahar separa takut lantas meninggalkan dorm Yazid.
Segala-galanya begitu pantas. Yazid keseorangan kembali. Farhan masih lagi di atas lantai memegang botol minyak pemberian Bahar tadi.
"Kan aku dah pesan, kalau nak main mercun, main la siang-siang. Kan dah kena setel" kata Yazid sambil menembak jawapan soalan 5 latih tubi fizik.
Monday, June 04, 2012
Sentimen anti-Budin
Ucop memang tak puas hati dengan Budin, supervisor Dewan Makan. Lelaki keding laksana penagih dadah tu seringkali maki penghuni hostel tanpa sebab bila tiba waktu makan. Sebenarnya bukan Ucop sorang rasa camtu. Sentimen anti-Budin memang dikongsi seluruh pelusuk asrama. Ucop pernah dengar pelajar form 4 merancang nak bakar Dewan Makan, tapi biasalah cakap orang masa hormon tengah naik mana boleh percaya sangat.
Hari tu hari Rabu, makan malam selalunya disajikan ayam masak merah dengan sayur kubis masak lemak. Lepas selesai solat Maghrib berjemaah, seluruh penghuni berpusu-pusu menuju ke Dewan Makan untuk makan malam sebelum menjalani prep malam. Macam biasalah tunggu semua dah duduk, baru Mazli si ketua surau bacakan doa makan. Tak semena-mena Budin mula balik perangai dia. Terjerit sana-sini entah kenapa. Nak kata budak-budak riot takde jugak. Ucop malas nak layan jadi dia tenung aje lauk ayam masak merah tu dengan berselera. Fawwaz kat sebelah dia dah mula cuit-cuit sikit ayam. Si gemuk ni mana reti sabar, getus hati Ucop.
"Weh Ucop, kau rasa mana satu lauk aku patut habiskan dulu ah?" tanya Fawwaz sambil hisap jari-jarinya yang comot disaluti kuah ayam masak merah. Ucop malas nak layan perangai Fawwaz, baru aje bukak mulut nak jawab apabila tiba-tiba elektrik terpadam.
Jeritan gadis-gadis bergema. Itu Ucop dah biasa dengar. Tapi yang dia tak biasa dengar adalah bunyi benda lembik menghentam tempat keras bertalu-talu. Kepishhkk!Kepekkk!Splattt!Bhishkkk!Blerppp! Ucop cuak jugak kalau tiba-tiba ada orang main tikam-tikam dalam gelap ni. Kang jadi kes polis Ucop malas nak terlibat. Fawwaz, dah memang dasar penakut awal-awal dah pegang lengan Ucop.
Tanggg! Bunyi pelantik kotak fius utama terpasang semula. Dewan Makan kembali terang. Kat tengah-tengah Dewan Makan, Budin berdiri tegak. Diam laksana patung. Seluruh badan Budin dihujani pisang lenyek, cebisan tembikai, dua tiga ketul potongan ayam melekat kat bahu, juraian kobis menitis dari rambut Budin dan baju serta seluar Budin basah dengan kuah ayam masak merah. Seluruh isi Dewan Makan bergegar dengan gelak. Nampaknya Budin dah terima akibatnya. Masalahnya, siapa punya kerja? Mesti dalam gelap tadi ada kutu yang buat kerja keji ni.
Esoknya, Budin terus letak jawatan dan balik kampung.
Zon terlarang antara blok A dan B
Ucop
memang skeptikal sedari kecil. Hantu setan momok hatta UFO memang dia
tak percaya langsung. tapi Ultraman (terutamanya Ace, sebab khunsa) dan
Satria Baja Hitam dia percaya pulak wujud. Sikap tak percaya
perkara-perkara aneh dan pelik ni terbawa-bawa sampai Ucop masuk ke
sekolah berasrama penuh. Minggu pertama orientasi, waktu assembly* di
hostel yang dianjurkan oleh senior tingkatan 4 (dan jugak segelintir
tingkatan 3 yang terasa gangster)mengingatkan pelajar-pelajar tingkatan 1
agar tidak sesekali melalui kawasan lapang berumput di antara blok A
dan B. Fawwaz, budak katil sebelah Ucop, memang jenis suka bertanya
sekonyong-konyong tu jugak melayangkan pertanyaan ' abang, kenapa pulak
kitorang tableh lalu?', yang merupakan satu taboo dalam assembly, yakni
tak boleh bertanya sebelum sesi tamat. Selepas disauk barang sepenumbuk
dua ke perut, barulah Fawwaz mendapat jawapan.
"Sebab
kat kawasan tu ada UFO waktu malam" jawapan yang buat semua junior
dalam bilik tu terkedu dan telan air liur. "Kitorang sayang korang,
kitorang tanak korang kena apa-apa okay" jelas senior yang badan paling
berketul tu, dengan nada abang kawasan. Semenjak arahan tu dikeluarkan,
takde seorang pun budak tingkatan satu lalu kawasan berumput tu, malahan
kawasan blok A dan B. Takut punya pasal. Tepat pukul 11 malam semua dah
siap berkelubung dalam selimut kat katil masing-masing. Mana-mana yang
nak kencing tu kena berteman, mana yang lapar nak snacking tengah malam
kenalah bertahan sampai esok.
Ucop
tak puas hati. Dia mana percaya UFO semua ni, dia rasa dia nak buktikan
kata-kata senior tu salah. Malahan dia berazam nak buktikan senior yang
bajet tough malam semalam tu sebenarnya penakut. Malam tu lepas prep
Ucop usha-usha kawasan yang dikatakan selalu ada UFO tu. Takde apa-apa
pun. Ucop kumpulkan keberanian sebelum melangkah ke kawasan berumput tu.
Sekali. Takde apa-apa. Ucop ronda lagi.
Bunyi
berdesup melepasi telinga Ucop. Babi! Serangan alien! Jerit batin Ucop.
Suppp! Supp! Supp! Sial UFO serang aku ni, tukas Ucop sambil elak benda
aneh yang berdesup-desup menjunam ke tanah berumput situ. Ucop dongak
ke sumber serangan tu.
"Woi, kau pegi dewan makan, amik aku kuih untuk supper, aa tu piring aku.Cepat sikit!"
"Weh kau hantar pinggan aku tu pegi dining hall!'
"Woi form one! Kau ingat piring aku tu boleh pergi sendiri dining hall ke nak amik kuih?Deras!"
Shit. Patut la diorang kata jangan lalu situ. UFO konon sumpah Ucop tak berhenti-henti ke dewan makan.
*Assembly
- perhimpunan haram dianjurkan oleh senior-senior dengan memanggil
junior-junior berkumpul di dalam sebuah bilik. Selalu diiringi upacara
menghukum junior, namun tidak semestinya diakhiri dengan pukul-memukul.
Ia Sudah Bermula
Result UPSR sudah keluar. Ucop sepertimana budak-budak lepasan UPSR yang lain sedang menikmati cuti sekolah dengan riangnya. Ucop walaupun nakal dan hanya sekolah kampung, berjaya mendapat keputusan yang cemerlang 5A. Mungkin kerana neneknya yang merupakan seorang cikgu yang dikenali telah banyak membantu Ucop untuk mendapat keputusan yang bagus itu. Walaupun nakal, Ucop merupakan seorang budak yang manja dan kalau boleh Ucop sentiasa mahu berada di bawah ketiak emaknya. Hingga pada satu hari, ketika Ucop sedang berjalan-jalan membuang masa di Tasik Y, ponselnya berdering....
"Helo nenek, nape ni? Ucop tengah jalan kat tasik ni..."
"Ko jalan ngan sape tu Ucop? Ko kecik lagi jgn pandai2 nak dating2. Nenek tak suka"
"Alah nenek ni, orang tak cakap pun orang dating. Apa laaa..." (dalam nada mencebik)
"Haa sudah2. Ni tadi Cikgu Manap call nenek, dia kata ko dapat tawaran masuk sekolah asrama"
Ucop terdiam....
"Sekolah asrama? Kat mana nek?"
"Kat Kolumpo je. Sekolah Asrama Jalan Tenteram" ujar nenek bersungguh
"Kau nak pegi ke xmo ni? Nenek tak paksa" ujar nenek lagi
Ucop terdiam lagi.Serba salah barangkali. Tiba-tiba Ucop memberikan jawapan di luar akal fikirannya
"OK lah nek. Ucop pergi. Tapi..."
"Tapi apa Ucop?" tanya nenek bagai tidak sabar
"Tapi Ucop rasa Ucop pergi setahun je la. Takmo lama-lama"
"OK. Nanti nenek kompemkan ngan Cikgu Manap. Ko jangan lama-lama kat tasik tu!"
"Iyolah nek. Ucop balik la ni!" balas Ucop geram
Sampai hari yang ditetapkan, Ucop bersama dengan budak-budak lain mengerumuni Sekolah Asrama Jalan Tenteram untuk pendaftaran. Ucop disambut oleh guru-guru dengan senyuman. Abang-abang pengawas juga sungguh baik hati membantu Ucop ke asrama. "Ramah dan mesra sekali orang-orang kat sini. Tak macam yang ayah selalu cerita" Ucop bermonolog di dalam hati.
Selesai sudah sesi pendaftaran, taklimat dan segalanya. Malam menjelang dan Ucop sudah bersedia dengan baju tidurnya. Pengawas bertugas juga sudah membuat pengumuman dari bilik operasi yang sudah sampai masa untuk light-off. Ucop dan dorm-mate nya yang lain sudah bersedia untuk tidur. Ucop membaca doa tidur dan melelapkan mata.
Ucop sangkakan hari itu sudah berakhir, tapi sebenarnya hari itu baru sahaja bermula....
Subscribe to:
Posts (Atom)