Malam
tu, malam Sabtu. Prep malam memang tiada di hujung minggu. Kebanyakan
pelajar menjalani aktiviti bebas selepas waktu Isyak tak kiralah
membasuh baju ke, diskusi keagamaan di belakang surau, melahap nasi
goreng di kantin (hanya berharga 70 sen, lazat!), termasuk berlari-lari
bebas memanjat pagar menuju kebebasan dunia luar (juga dikenali sebagai
fly). Ucop, hanyalah berusia 14 tahun waktu itu, yang dia tahu hanya
belajar, belajar dan belajar. Tiada istilah serong dari tujuan asal dia
datang ke sekolah berasrama penuh tu sekalipun di hujung tahun yang sama
dia mula mengenali nikmat fly ke cyber cafe untuk bermain CS dan
menonton porno.
Ucop
selepas waktu Isyak, bersiap-siap turun ke kampus akademik dengan
berpakaian baju Melayu dan berseluar slack beserta kopiah putih. Niatnya
cuma satu, tugasan sains Cikgu Mazwin mesti disiapkan malam tu jugak
beserta membuat latihan Matematik, sebab ujian bulanan terbaru dia
hampir terjerumus ke gred C. Ucop malu. Ucop mesti tebus kembali
maruahnya. Dia nak menyaingi Sarah, budak pandai dalam kelas beliau.
Mana tahu Sarah mula bagi perhatian kat dia pulak, bonus okay!
"Coppp!
Pegi mana?" jerit sekumpulan budak berpakaian sukan kepada Ucop yang
tengah menuruni tangga tonggek (dikenali dengan nama sebegitu kerana
kadar kecuramannya menjadikan sesiapa yang menaiki dan menuruni sedikit
menongkat punggung, justeru tonggek). Ucop berpusing menghadap suara
tersebut, "Ahh abang Khalid, abang Fariz, abang Acap, saya nak pergi
kelas buat kerja sekolah la" sambil menguntum senyuman kepada kumpulan
pelajar senior tingkatan 4 itu. "Ala Ucop jom lah main badminton seround
dua, karang-karang buatlah kerja tu" tukas Fariz yang juga dikenali
sebagai Wok, lantaran nama neneknya yang aneh lantas menjadi bahan
cercaan kawan-kawan sebaya. 'Sori la bang, next week boleh? Kerja banyak
sangat lah", tolak Ucop dengan sopan. Silap gaya boleh kena settle
kalau tone suara macam biadap. Di sini, semuanya kena hormat. Jangan nak
tunjuk hardcore, kelak memang selalu kena hukum, walaupun tak beri
salam.
Kelas
kosong, barangkali ramai yang pergi menonton filem bootleg di bilik
Telesidang di bawah. Malam tu Cikgu Rahmat tayang filem The Crow, pakai
VCD cinema copy lepas itu mengenakan bayaran RM2, jadi mungkin ramai
yang berhimpit tengok dekat bilik tu. Ucop duduk dan membuka buku
latihan dan mula menulis.Sains tingkatan dua sangat memberi tekanan.
Ucop selalu berangan untuk cepat-cepat naik tingkatan tiga supaya dia
boleh terus belajar tentang bab 1 Sains tingkatan tiga. Terlalu banyak
misteri yang mengelilingi chapter tu, kena pula diajar oleh Puan Zaleha
yang berdada besar dan seksi..."Ucop!" lamunannya mati dengan tiba-tiba
oleh jeritan Fawwaz. "Apa?" pendek balasan Ucop, marah sebab fantasinya
melayang tak pasal-pasal. "Abang Acad panggil kau, katanya ada menda
penting", beritahu Fawwaz sambil membetulkan cermin matanya. Ucop
mengeluh, ni mesti tak suruh ambik air kat water cooler, mesti suruh
buatkan homework fizik. Dia tau sangat perangai pemalas si Arshad tu.
"Kau
cakap la dengan dia aku ada kerja la" balas Ucop lepas lama berfikir.
Fawwaz jadi sikit baran, nak relay mesej ke sana sini bukan kerja yang
seronok! Lagi pulak nak naik tangga tonggek tu, "Wei aku penat la nak
ulang alik, kau naik la cakap sendiri" lantas terus berpusing keluar
dari kelas. Babi! Maki Ucop dalam hati. Dengan hati yang berat dia
mengemas barang dan menutup lampu serta kipas dan menuju semula ke
hostel. Waktu minum malam dah hampir, Ucop agak mesti Arshad suruh dia
ambil sepinggan kuih dengan sejag Milo. Lepas perlahan-lahan mengelak
melalui zon larangan antara blok A dan B, Ucop akhirnya tiba di bilik Arshad.
"Abang
panggil?" tegur Ucop. Arshad sedang baring di atas katil sambil
mendengar walkman. Kelihatan cover kaset Cradle of Filth bertaburan di
sebelahnya."Ucop, tolong aku okay?" bunyi macam meminta pertolongan tapi
hakikatnya lebih kepada arahan. Ucop mendengus perlahan, "okay, apa
dia?". Arshad menunjukkan sehelai uniform sekolah tergantung di tepi
tingkap. Ucop faham dah, suruh basuhlah tu. "Nah tangkap!" Arshad
lemparkan sebuku sabun basuh. Ucop letakkan buku dan tukar baju lantas
menuju ke bilik membasuh. Dalam hatinya memaki hamun Arshad. Baju
sehelai pun kau tak nak basuh! Pemalas! Sial! Badan penuh panau! Aku
doakan kau fail SPM! Begitulah yang selalu didoakan oleh budak junior
kalau dibuli oleh senior yang bad ass.
Bilik
membasuh lengang. Hairan tapi mungkin semua pergi minum dekat dewan
makan kot. Ucop mula membasahkan uniform Arshad yang berdaki dan masam
tu. Sial ni tak reti bersihkan badan ke, tanya Ucop sorang-sorang. Baru
saja dia nak tenyeh sabun dan mula memberus, satu idea jahat timbul.
Ucop londehkan seluar dan terseringai puas. Lepas tu Ucop kasi kibas
sikit lebih kurang terus bawak balik bilik Acad terus jemurkan kat
tingkap. Arshad si bangang pulak sibuk layan Cradle of Filth dan tak
peduli nak periksa baju dia tu.
Hari Isnin, waktu pengetua tengah berucap, Ucop usha Acad dekat line student form 5 sana. Kelihatan Acad asyik tergaru-garu tak tentu hala. Ucop senyum dan berkata dalam hati, beracun jugak kencing aku ni. Sejak daripada tu, Acad tak kacau lagi Ucop.
No comments:
Post a Comment