Monday, June 04, 2012

Ia Sudah Bermula

Result UPSR sudah keluar. Ucop sepertimana budak-budak lepasan UPSR yang lain sedang menikmati cuti sekolah dengan riangnya. Ucop walaupun nakal dan hanya sekolah kampung, berjaya mendapat keputusan yang cemerlang 5A. Mungkin kerana neneknya yang merupakan seorang cikgu yang dikenali telah banyak membantu Ucop untuk mendapat keputusan yang bagus itu. Walaupun nakal, Ucop merupakan seorang budak yang manja dan kalau boleh Ucop sentiasa mahu berada di bawah ketiak emaknya. Hingga pada satu hari, ketika Ucop sedang berjalan-jalan membuang masa di Tasik Y, ponselnya berdering....

"Helo nenek, nape ni? Ucop tengah jalan kat tasik ni..."
"Ko jalan ngan sape tu Ucop? Ko kecik lagi jgn pandai2 nak dating2. Nenek tak suka"
"Alah nenek ni, orang tak cakap pun orang dating. Apa laaa..." (dalam nada mencebik)
"Haa sudah2. Ni tadi Cikgu Manap call nenek, dia kata ko dapat tawaran masuk sekolah asrama"

Ucop terdiam....
"Sekolah asrama? Kat mana nek?"
"Kat Kolumpo je. Sekolah Asrama Jalan Tenteram" ujar nenek bersungguh
"Kau nak pegi ke xmo ni? Nenek tak paksa" ujar nenek lagi

Ucop terdiam lagi.Serba salah barangkali. Tiba-tiba Ucop memberikan jawapan di luar akal fikirannya
"OK lah nek. Ucop pergi. Tapi..."
"Tapi apa Ucop?" tanya nenek bagai tidak sabar
"Tapi Ucop rasa Ucop pergi setahun je la. Takmo lama-lama"
"OK. Nanti nenek kompemkan ngan Cikgu Manap. Ko jangan lama-lama kat tasik tu!"
"Iyolah nek. Ucop balik la ni!" balas Ucop geram

Sampai hari yang ditetapkan, Ucop bersama dengan budak-budak lain mengerumuni Sekolah Asrama Jalan Tenteram untuk pendaftaran. Ucop disambut oleh guru-guru dengan senyuman. Abang-abang pengawas juga sungguh baik hati membantu Ucop ke asrama. "Ramah dan mesra sekali orang-orang kat sini. Tak macam yang ayah selalu cerita" Ucop bermonolog di dalam hati.

Selesai sudah sesi pendaftaran, taklimat dan segalanya. Malam menjelang dan Ucop sudah bersedia dengan baju tidurnya. Pengawas bertugas juga sudah membuat pengumuman dari bilik operasi yang sudah sampai masa untuk light-off. Ucop dan dorm-mate nya yang lain sudah bersedia untuk tidur. Ucop membaca doa tidur dan melelapkan mata.

Ucop sangkakan hari itu sudah berakhir, tapi sebenarnya hari itu baru sahaja bermula....

No comments:

Post a Comment