Ucop
memang skeptikal sedari kecil. Hantu setan momok hatta UFO memang dia
tak percaya langsung. tapi Ultraman (terutamanya Ace, sebab khunsa) dan
Satria Baja Hitam dia percaya pulak wujud. Sikap tak percaya
perkara-perkara aneh dan pelik ni terbawa-bawa sampai Ucop masuk ke
sekolah berasrama penuh. Minggu pertama orientasi, waktu assembly* di
hostel yang dianjurkan oleh senior tingkatan 4 (dan jugak segelintir
tingkatan 3 yang terasa gangster)mengingatkan pelajar-pelajar tingkatan 1
agar tidak sesekali melalui kawasan lapang berumput di antara blok A
dan B. Fawwaz, budak katil sebelah Ucop, memang jenis suka bertanya
sekonyong-konyong tu jugak melayangkan pertanyaan ' abang, kenapa pulak
kitorang tableh lalu?', yang merupakan satu taboo dalam assembly, yakni
tak boleh bertanya sebelum sesi tamat. Selepas disauk barang sepenumbuk
dua ke perut, barulah Fawwaz mendapat jawapan.
"Sebab
kat kawasan tu ada UFO waktu malam" jawapan yang buat semua junior
dalam bilik tu terkedu dan telan air liur. "Kitorang sayang korang,
kitorang tanak korang kena apa-apa okay" jelas senior yang badan paling
berketul tu, dengan nada abang kawasan. Semenjak arahan tu dikeluarkan,
takde seorang pun budak tingkatan satu lalu kawasan berumput tu, malahan
kawasan blok A dan B. Takut punya pasal. Tepat pukul 11 malam semua dah
siap berkelubung dalam selimut kat katil masing-masing. Mana-mana yang
nak kencing tu kena berteman, mana yang lapar nak snacking tengah malam
kenalah bertahan sampai esok.
Ucop
tak puas hati. Dia mana percaya UFO semua ni, dia rasa dia nak buktikan
kata-kata senior tu salah. Malahan dia berazam nak buktikan senior yang
bajet tough malam semalam tu sebenarnya penakut. Malam tu lepas prep
Ucop usha-usha kawasan yang dikatakan selalu ada UFO tu. Takde apa-apa
pun. Ucop kumpulkan keberanian sebelum melangkah ke kawasan berumput tu.
Sekali. Takde apa-apa. Ucop ronda lagi.
Bunyi
berdesup melepasi telinga Ucop. Babi! Serangan alien! Jerit batin Ucop.
Suppp! Supp! Supp! Sial UFO serang aku ni, tukas Ucop sambil elak benda
aneh yang berdesup-desup menjunam ke tanah berumput situ. Ucop dongak
ke sumber serangan tu.
"Woi, kau pegi dewan makan, amik aku kuih untuk supper, aa tu piring aku.Cepat sikit!"
"Weh kau hantar pinggan aku tu pegi dining hall!'
"Woi form one! Kau ingat piring aku tu boleh pergi sendiri dining hall ke nak amik kuih?Deras!"
Shit. Patut la diorang kata jangan lalu situ. UFO konon sumpah Ucop tak berhenti-henti ke dewan makan.
*Assembly
- perhimpunan haram dianjurkan oleh senior-senior dengan memanggil
junior-junior berkumpul di dalam sebuah bilik. Selalu diiringi upacara
menghukum junior, namun tidak semestinya diakhiri dengan pukul-memukul.
No comments:
Post a Comment