Wednesday, September 06, 2017

Bye Bye Bye

Tahun ni Hairi terpilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengawas. Pihak sekolah telah merombak pemilihan Lembaga Pemimpin Pelajar dengan menambah bilangan pengawas daripada tingkatan 3 dan Hairi adalah 10 pelajar terpilih untuk ini. Dia punya bangga, tak habis-habis dia duk gebang kat semua orang yang ini baru langkah kecil untuk dia bergelar Ketua Pelajar satu hari nanti. 

Baru jadi pengawas, ada hati nak takut-takutkan budak junior terutamanya Fawwaz dengan Ucop. Entah apa salah budak berdua ni, ada je tak kena di mata Hairi. Ucop memang berdendam semenjak Hairi tuduh dia merokok di bilik basuh sebulan lepas. Takde angin takde ribut dia serbu masuk masa Ucop sedap bilas kain lepas tu tuduh Ucop merokok. Menyirap Ucop bila kena denda motorbike setengah jam. Dah la sakit paha, habis tergendala agenda basuh baju dia. Kau siap, anjing! Maki Ucop dalam diam.

Hari tu hari Selasa.

Hairi baru aje menengking budak-budak form 1 untuk kosongkan asrama sebelum 6.45 pagi. Padahal tak payah tengking kot, pakai PA system asrama pun dah cukup. Lepas puas menanam rasa takut di jiwa junior tak bersalah, Hairi bergegas ke bilik gerakan Asrama untuk mengambil beg galasnya serta kaset minus one untuk perhimpunan. 

Hari ni giliran Hairi bertugas mengurus sistem PA perhimpunan. Jadi tu memang tugas dia menyediakan mikrofon dan memainkan kaset lagu minus one Negaraku, Wawasan 2020 dan sekolah. Sambil-sambil dia duduk di bahagian sistem PA, dia sempat menyorot ganas ke barisan junior-junior. Dapat kesan barang satu dua kesalahan bolehlah dia denda mereka lepas prep malam. Hormati mereka yang berkuasa atau sengsara, itu motto buatan Hairi yang tiada dalam buku panduan Pemimpin Pelajar. Hairi, Hairi. Mudahnya engkau mabuk dengan kuasa...

Tiba masa untuk menyanyikan Negaraku dan Wawasan 2020. Selesai dengan jayanya, semua pelajar bersemangat melaungkan suara masing-masing. Tiba masa untuk lagu sekolah, Hairi perlu menukar side kaset kerana minus one lagu sekolah berada di side satu lagi. 

Pantas saja dia menukar dan menekan butang play. Apabila lagu berkumandang, Hairi jadi pucat.



Seluruh sekolah bergegar dengan ketawa. Ketua Pelajar dah menjeling tajam dekat Hairi yang berpeluh-peluh cuba figure out masalah ini. Jahanam mana sabotaj kaset ni dengan lagu N'Sync ah! Hampir saja terlepas carutan dari mulut Hairi.

Jauh di penghujung barisan tingkatan satu, Ucop tersenyum puas. Rancangan dia memadam minus one lagu sekolah dan dub semula dengan lagu N'Sync berjaya. Hairi akan menjadi sebutan sepanjang zaman di atas kekalutan ini.

No comments:

Post a Comment